Monday, 7 April 2014

Adakah Anda Tahu Kandungan Policy Anda

Salam semua, kali ini saya ingin bercerita tentang policy Insurans/Takaful yang komprehensif. Jika kita tanya orang ramai "Adakah awak ada perlindungan insurans/takaful?", mereka akan jawab "Ya. saya sudah ada", Kita tanya lagi, "pelan insurans awak tu cover apa ya?", mereka akan menjawab "entah laa ejen tu cakap cover semua"

Pelan Takaful/Insurans yang komprehensif perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 perkara berikut:-
  • Pampasan Kematian/Lumpuh Kekal
  • Pampasan Kemalangan/Lumpuh
  • Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal 
  • Medical Card/Kad Perubatan 
  • Savings/Simpanan 
3 yang atas itu adalah pampasan atau bayaran sekaligus yang akan dibayar jika anda terlibat dengan kemalangan, atau kematian atau disahkan doktor lumpuh atau mengalami 36 jenis penyakit kritikal. Apa akan jadi jika pelan anda tidak mempunyai medical card? 
Macam mana anda nak tahu pelan yang anda ambil ada medical card atau tidak? Jika pelan yang anda ambil disertakan sekali dengan kad perubatan seperti gambar diatas maka pelan anda mempunyai medical card. OK, berbalik kepada soalan saya tadi. Jika pelan anda tidak mempunyai medical card ini bermakna rawatan anda dihospital tidak akan ditanggung walaupun anda disahkan mengidap penyakit kanser. Anda hanya akan mendapat duit pampasan iaitu bayaran sekaligus. Bila pampasan akan dibayar? Jika anda disahkan mengidap kanser tahap 2 anda belum lagi mendapat pampasan tersebut, kerana tahap 2 tidak dianggap kritikal. Begitu juga jika anda mengalami kerosakan salah satu buah pinggang anda masih tidak boleh menuntut pampasan sakit kritikal.Anda hanya boleh menuntut pampasan sakit kritikal bila hanya kedua-dua buah pinggan anda rosak. Kebanyakan dari kita menganggap insurans atau takaful menipu kerana perkara ini. Sila semak polici anda dan bertanya kepada ejen anda perihal sebenar.


Jika anda didiagnose mengalami kanser pada tahap 3 baru pampasan akan dibayar. Jika pada tahap 1 dan 2 anda masih belum boleh menuntut wang pampasan dan lebih malang kos rawatan juga tidak dibayar walaupun anda mempunyai policy insurans/takaful kerana policy anda tidak mempunyai medical card.

Pada entry yang berikutnya saya akan ceritakan APA YANG DIKATAKAN POLICY YANG KOMPEHENSIF. Jika ada pertanyaan sila hubungi saya, saya sedia memberi penjelasan sewajarnya.

Sharizal Kamal bin Shamsudin 
Wealth Planner 
Al-Isra' Sdn Bhd Bhd Kuala Terengganu
Prudential Takaful 
013-9261451

No comments:

Post a Comment