Tuesday, 8 April 2014

Kenapa Anda Perlukan Medical Card/Kad Perubatan

Salam kepada semua penjenguk blog ini, dalam posting kali ini saya ingin berkongsi kepentingan medical card, apakah medical card dan adakah anda perlu mendapatkannya?
Tidak kiralah apa produk pun yang ada dipasaran namun kita nak bercerita keperluan mendapatkan medical card. Ingat tak dalam posting saya sebelum ini yang menceritakan policy takaful yang komprehensif. Jika anda mengambil insurans/takaful tapi tidak mempunyai medical card policy anda sebenarnya adalah POLICY KELAS KETIGA. Kenapa? boleh baca entry saya sebelum ini.
Apa pengajaran yang anda dapat dengan keratan akhbar diatas? Kita tak minta untuk sakit dan kita tak nak sakit, namun adalah perlu untuk kita bersedia menghadapi segala kemungkinan. Kos rawatan semakin hari semakin meningkat dan disebabkan itu ramai yang mula menyedari kepentingan medical card.
Ramai yang saya jumpa mengatakan MAHAL lah nak ambil medical card, saya hanya menjawab dengan bayaran RM150/sebulan TIDAK AKAN MEMBUATKAN ANDA MISKIN, TAPI KERANA TIADA MEDICAL CARD AKAN MEMBUATKAN ANDA MISKIN. 

Medical Card juga memberi PERLINDUNGAN KEPADA KEKAYAAN ANDA, kenapa? kerana banyak keratan akhbar (atas sebagai contoh) yang menceritakan kepada kita ada dari kita yang tidak bernasib baik terpaksa menjual rumah, kereta dan menghabiskan tabungan termasuk KWSP semata-mata untuk membayar bil hospital.


Apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah untuk mula mengambil tahu akan kepentingan ini. Boleh hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan. Tidak perlu membayar apa-apa pun, TIADA CHARGE DIKENAKAN UNTUK BERTANYA.
Jika mahukan quotation untuk pelan yang terbaik bagi anda dan keluarga anda, boleh hubungi saya, dan sekali lagi,  untuk mendapatkan quotation kami menyediakan kepada anda secara PERCUMA.

Sharizal Kamal bin Shamsudin 
Wealth Planner 
Al-Isra' Associate Sdn Bhd 
Prudential Takaful Kuala Terengganu
013-9261451

Monday, 7 April 2014

Policy Yang Komprehensif - Berapa yang Anda Bayar dan Apa yang Anda Dapat

Salam semua, Ingat lagi tak apa yang dimaksudkan dengan policy yang komprehensif?? Policy yang mengandungi sekurang-kurangnya 5 perkara iaitu :-
  • Pampasan Kematian Biasa
  • Pampasan 36 Sakit Kritikal 
  • Pampasan Kemalangan/Lumpuh
  • Medical Card
  • Saving 
Disini saya ingin terangkan apa yang anda dapat jika anda membayar sejumlah wang untuk membeli policy. Contoh yang saya kemukakan adalah dari salah seorang prospek saya yang meminta quotation untuk policy takaful prudential

Apa Yang Anda Dapat Melalui Policy Ini?

1.PruBSN TakafulLink (Pampasan Kematian Biasa) RM 20,000
2.Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Sakit Kritikal) RM 20,000
3.Accidental Death and Disablement (Pampasan Kematian Akibat Kemalangan) RM20,000
4.Accident Medical Reimbursement (Rawatan sakit luar akibat kemalangan-tidak masuk wad) -RM2000 setahun
5.Takaful Health 2 (Medical Card Plan 200 Zero Deductable) - Medical Card ini bernilai RM625000 sehingga berumur 70 tahun dan had limit RM62500 Setahun. Jika terpaksa masuk wad atas apa-apa sakit maka Prudential akan bayar segala kos rawatan tertakluk kepada jumlah policy. Pesakit hanya perlu bayar kos pejabat sahaja yang biasanya berjumlah kurang dari RM100. Pemegang Policy juga layak mendapat bilik berharga RM200. 
6. Medical Cover - Kos dan elaun jika masuk wad berjumlah RM 50 sehari, Elaun Pembedahan sehingga RM2500 dan Elaun ICU RM100 sehari,
7. Hospital Benefit - Elaun Ward berjumlah RM50 sehari
8. Contributor - Jika pemegang policy didapati mengidap penyakit kritikal atau lumpuh kekal maka sumbangan bulanan menjadi percuma
Jumlah Besar yang perlu dibayar untuk 8 manfaat ini cuma berharga RM150.00

Ada satu lagi manfaatnya iaitu Saving, Berapa savingnya?

Untuk manfaat saving atau simpanan boleh dilihat pada Column Projected Investment Return (Y% p.a) 

Pada Usia Beliau mencecah 40 tahun caruman terkumpul adalah RM9,883
Pada Usia Beliau mencecah 49 tahun caruman terkumpul adalah RM25,720

Jumlah ini adalah anggaran berdasarkan keuntungan Prudential setiap tahun. Namun jumlah simpanannya tetap tidak akan berkurang walaupun beliau membuat tuntutan akibat kos rawatan. Harap info ini boleh membantu dan anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan dengan lebih terperinci Jika ingin tahu lebih lanjut dan inginkan quotation berdasarkan kemampuan sumbangan anda boleh hubungi saya, anda tidak perlu bayar untukmendapatkan penjelasan dan bantuan.



Sharizal Kamal bin Shamsudin
Wealth Planner 
Al-Isra' Associated Sdn Bhd
Prudential Takaful Berhad
013-9261451 




Adakah Anda Tahu Kandungan Policy Anda

Salam semua, kali ini saya ingin bercerita tentang policy Insurans/Takaful yang komprehensif. Jika kita tanya orang ramai "Adakah awak ada perlindungan insurans/takaful?", mereka akan jawab "Ya. saya sudah ada", Kita tanya lagi, "pelan insurans awak tu cover apa ya?", mereka akan menjawab "entah laa ejen tu cakap cover semua"

Pelan Takaful/Insurans yang komprehensif perlu mempunyai sekurang-kurangnya 5 perkara berikut:-
  • Pampasan Kematian/Lumpuh Kekal
  • Pampasan Kemalangan/Lumpuh
  • Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal 
  • Medical Card/Kad Perubatan 
  • Savings/Simpanan 
3 yang atas itu adalah pampasan atau bayaran sekaligus yang akan dibayar jika anda terlibat dengan kemalangan, atau kematian atau disahkan doktor lumpuh atau mengalami 36 jenis penyakit kritikal. Apa akan jadi jika pelan anda tidak mempunyai medical card? 
Macam mana anda nak tahu pelan yang anda ambil ada medical card atau tidak? Jika pelan yang anda ambil disertakan sekali dengan kad perubatan seperti gambar diatas maka pelan anda mempunyai medical card. OK, berbalik kepada soalan saya tadi. Jika pelan anda tidak mempunyai medical card ini bermakna rawatan anda dihospital tidak akan ditanggung walaupun anda disahkan mengidap penyakit kanser. Anda hanya akan mendapat duit pampasan iaitu bayaran sekaligus. Bila pampasan akan dibayar? Jika anda disahkan mengidap kanser tahap 2 anda belum lagi mendapat pampasan tersebut, kerana tahap 2 tidak dianggap kritikal. Begitu juga jika anda mengalami kerosakan salah satu buah pinggang anda masih tidak boleh menuntut pampasan sakit kritikal.Anda hanya boleh menuntut pampasan sakit kritikal bila hanya kedua-dua buah pinggan anda rosak. Kebanyakan dari kita menganggap insurans atau takaful menipu kerana perkara ini. Sila semak polici anda dan bertanya kepada ejen anda perihal sebenar.


Jika anda didiagnose mengalami kanser pada tahap 3 baru pampasan akan dibayar. Jika pada tahap 1 dan 2 anda masih belum boleh menuntut wang pampasan dan lebih malang kos rawatan juga tidak dibayar walaupun anda mempunyai policy insurans/takaful kerana policy anda tidak mempunyai medical card.

Pada entry yang berikutnya saya akan ceritakan APA YANG DIKATAKAN POLICY YANG KOMPEHENSIF. Jika ada pertanyaan sila hubungi saya, saya sedia memberi penjelasan sewajarnya.

Sharizal Kamal bin Shamsudin 
Wealth Planner 
Al-Isra' Sdn Bhd Bhd Kuala Terengganu
Prudential Takaful 
013-9261451

Kenapa Prudential

Salam kepada pembaca semua,

Banyak syarikat takaful beroperasi di Malaysia ini dan semuanya bertujuan untuk memberi perlindungan dan manfaat kepada pelanggannya. Dalam banyak-banyak syarikat takaful ini yang manakah yang paling baik? Anda nak tahu jawapannya? Anda jangan tanya ejennya kerana sudah pasti jawapan bias akan diberi. Cari, google, baca buku atau majalah anda akan jumpa jawapannya.

Jika anda membaca Readers Digest maka disitu anda akan jumpa jawapannya, Prudential telah diiktiraf sebagai TRUSTED BRAND dalam bidang insurans dan takaful pada tahun 2008, 2009, 2010 dan 2011


Prudential juga adalah syarikat insurans pertama yang mencatatkan jualan yang mencecah RM 1 Bilion, ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempercayai Prudential. Satu pencapaian yang hebat dan luar biasa.

Selain itu juga syarikat ini telah diiktiraf sebagai PENGENDALI TAKAFUL TERBAIK ASIA pada tahun 2012 di Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam di Dubai dan pada tahun 2013 Prudential telah dipilih sebagai MOST OUTSTANDING TAKAFUL COMPANY by KLIFF Islamic Finance Award.


 Prudential juga adalah syarikat takaful pertama yang mempunyai medical kad/kad perubatan sendiri dan kejayaan ini menunjukkan mereka komited dalam perniagaan berasaskan insurans dan takaful. Selain dari kejayaan ini, anda juga boleh walk-in ke mana-mana hospital swasta seperti Ampang Puteri, Pakar Perdana Kota Bharu, Gleaneagle, SJMC dan lain-lain untuk bertanya syarikat takaful/insurans mana yang mendapat pengiktirafan mereka. Ini penting sebelum anda membuat keputusan untuk mendapatkan medical card kerana ada sesetengah takaful/insurans kurang mendapat keyakinan pihak hospital yang menyebabkan akan timbul masalah jika anda ingin menggunakan kad perubatan tersebut
Pada entry berikutnya saya akan cuba memfokuskan kepada medical card dan apa terma-terma didalam sesuatu polici. Ini kerana kebanyakan dari kita membeli produk insurans/takaful tanpa mengetahui apa kandungan dan faedahnya.

DI PRUDENTIAL, KAMI MENDENGAR DAN KAMI PRIHATIN

Sharizal Kamal bin Shamsudin
Wealth Planner 
Al-Isra' Associate Sdn Bhd 
013-9261451
sharizalkamalsh@gmail.com



Salam Perkenalan - Takaful Satu Coretan Perkongsian dan Pendidikan

Assalamualaikum dan salam perkenalan kepada sahabat penjenguk blog dan coretan ini. Saya Sharizal Kamal bin Shamsudin merupakan perunding perkhidmatan Takaful dari Prudential BSN.

Diucapkan syabas dan terima kasih kepada penjenguk blog ini, sama-sama kita berkongsi pengetahuan dan pengalaman berkaitan bidang insuran/takaful ini.

Insha Allah diharapkan panduan, dan sedikit ilmu boleh ditimba melalui blog ini untuk menghilangkan perasaan negatif orang ramai terhadap pengendalian insurans/takaful. Pencerahan yang dikongsikan bersama disini diharapkan boleh membuka mata dan memberi panduan kepada orang ramai tentang industri insuran dan takaful untuk mereka memilih produk yang sesuai untuk perlindungan diri dan keluarga.

Anda dapat belajar sesuatu dari blog ini dan saya adalah orang yang paling gembira dapat berkongsi dengan anda. Semoga anda dapat belajar sesuatu dari penulisan disini. Insha Allah, Semoga dapat memberi manfaat kepada anda semua. Salam Ikhlas dari saya, 

Sharizal Kamal bin Shamsudin 
Wealth Planner 
Al-Isra' Associate Sdn Bhd 
013-9261451